Wednesday 16 November 2011

Mendapat kerjaya baru!!!



          3 minggu sudah berlalu dengan pelbagai cabaran yang harus ditempuh dengan kerjaya yang baru dan bukan senang nak sesuaikan diri di tempat baru dengan pelbagai ragam perangai manusia, bak kata pepatah "lain tempat lain orang" dan perangai pun lain......dengan kerjaya baru yang lebih rileks dan selesa dan "Quality Control Inspector" jawatan yang diberi, hanya duduk dalam lab yang berhawa dingin, pegi ambil sample dalam kilang kejap pastu masuk smula dalam lab untuk buat test.......



       Dengar memang senang tapi bila nak buat test memang menyakitkn kepala......pelbagai formula matematik yang perlu diguna dan aku terpaksa belajar semula  formula2 matematik yang pernah aku belajar diwaktu sekolah dulu.....dan aku sedar waktu sekolah dulu memang aku "fak" giler subjek math tapi skarang mulalah terkial-kial nak belaja math semula...sesuatu yang menyakitkan mata apabila terpaksa mengadap monitor draf supaya spec tidak lari dan kepekaan seseorang tu memang amat diperlukan untuk kerja sebegini....mengadap komputer untuk memasukkan report memang menjadi rutin tiap kali selesai test...kalau nak bagitau kerumitan kerja aku memang banyak lagi tapi aku malas nak terlalu memikir sangat....tapi nak buat camne dah nama pun kerja....orang cakap kerja tu jangan nak memilih sangat sebab zaman sekarang kerja di bahagian industri perkilangan memang susah nak dapat disebabkan persaingan yang ramai......nak dibandingkan kerja dulu dengan kerja aku yang sekarang memang banyak jauh beza.....kalau kerja lama aku dulu perlu menggunakan 70% tenaga dan 30% otak dan kerja baru aku sekarang perlu menggunakn 75% otak dan 25% lagi tenaga.......walaupun menyakitkan kepala tapi aku tetap bersyukur dapat mencari rezeki yang halal dan aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkn prestasi kerja aku dan mungkin tak lama nanti aku akn terbiasa dengan kerja tersebut.................

No comments:

Post a Comment