Sunday 31 July 2011

oh kenapa!!!!

                                     


Selepas penat bekerja menjadi kuli batak sepenuhnya, danial mencucuh sebatang nikotin seludup brjenama nusantara sambil menunggang motor kapcainya yang tak seberapa laju itu on the way mahu balik ke rumahnya.....dengan badan yang masih lg keletihan danial terpaksa menempuhi pelbagai halangan sepanjang perjalanan balik dan terpaksa bersabar dengan sikap drebar lori treler yang begitu rakus memandu di atas lebuhraya.....mentang-mentanglah highway ni diorang conquer dan tidak pernah mempedulikan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang lain.......
          
        Dan kebetulan pada petang itu juga nyawa danial nyaris-nyaris nak ditarik oleh tuhan kerana sikap segelintir pemandu treler yang begitu pengtingkan diri sendiri....mereka tidak hiraukan keadaan sekeliling mereka dan apa yang penting bagi mereka hanya ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju.......danial sedar setiap kali beliau melalui highway maut tersebut nyawa beliau umpama nyawa-nyawa ikan ataupun 50-50 dan bagi danial apa yang boleh dibuat hanyalah bersabar dan terus bersabar....beliau juga sedar yang beliau bukanlah golongan kerabat diraja ataupun golongan hartawan yang mahu diiringi oleh pihak polis sepanjang perjalanan....

           Perjalanan danial untuk pulang ke rumah terpaksa dihentikan seketika kerana minyak moto danial semakin berkurangan dan macam bese beliau akan singgah di sebuah shell yang pastinya akan membuatkn danial tersenyum.....bagi danial shell tersebut sangat special sebab ada seorang gadis yang membuatkn danial terpikat dan boleh dikatakn setiap hari selepas balik keje danial akan singgah di stesen shell tersebut untuk meng-ushar gadis yang beliau minati itu......tanpa membuang masa danial terus ke kaunter untuk membayar dan semasa hendak membayar tiba-tiba gadis yang danial ushar itu tidak kelihatan  dan danial fikir mungkin gadis tersebut cuti....

             Selepas je isi minyak tiba-tiba danial terasa tayar belakang motornya seperti tiada angin dan tanpa banyak bicara danial terus singgah ditempat mengepam tayar di shell tersebut....semasa danial sedang mengepam tayar tiba-tiba datang seorang gadis yang sudah semestinya gadis idaman si danial yang beliau ushar selama ini dan tanggapan beliau salah sama skali kerana menganggap gadis tersebut mungkin sedang bercuti.....sambil datang dengan membawa mop lantai dan baldi untuk dicuci di tempat pam tersebut, dengan slamber gadis itu menegur si danial,...." tengah pam tayar ke??? "...tanya gadis itu kepada danial...lalu danial pun menjawab, " taklah, tengah main pusing-pusing tayar ni!!! ".....spontan danial menjawab dengan perasaan yang masih malu-malu...

          Gadis tersebut hanya mampu tersenyum kepada danial dan mungkin dalam hati gadis itu sedang memaki hamun si danial kerana kenyataan yang terkeluar dari mulut danial itu tadi seperti memerli gadis tersebut.....danial cuba untuk memberi respon dan menegur gadis itu tetapi sifat malu dan segan yang ada di jiwa danial seperti sedang mengcengkam jiwa danial supaya jangan tegur gadis itu dan menyedarkn diri danial yang beliau taklah hensem dan tiptop sangat tetapi danial cuba melawan sifat tersebut dengan bertanyakn sesuatu yang boleh dikatakn agak 'loser' jugak la,....." macam nak taknak je basuh mop tu??..tengah malas yerr??? "......tanya danial seperti orang yang tidak pandai mengayat perempuan...lalu gadis itu pun menjawab, " kalau malas takkanlah lantai dalam kedai tu boleh berkilat!!! "....jawab gadis itu seperti sedang memerli si danial.....rupa-rupanya gadis tersebut baru saja selesai housekeeping di dalam kedai shell itu dan patutlah semasa danial mahu membayar dikaunter gadis tersebut tidak kelihatan......

             Tiba-tiba danial terdiam seketika dan sifat malu itu muncul smula dalam dirinya dan kini danial baru sedar yang beliau begitu 'loser' kerana mengeluarkn soalan yang begitu bodoh dan bangang skali!!...danial sedar yang beliau tidaklah begitu expert untuk menawan hati gadis yang beliau minati itu...apa yang mampu danial lakukan hanyalh berdiam diri dan tersenyum dan gadis tersebut juga hanya mampu tersenyum dan berpuas hati kerana berjaya memerli si danial  sambil meneruskn kerja membersihkn mop lantai itu......dengan perasaan yang masih lagi malu danial terus pergi meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya sambil mencucuh nikotin berjenama nusantaranya itu.........dalam perjalanan pulang sambil menyedut asap nikotin, danial masih tertanya-tanya kenapa beliau begitu lambat@lembab untuk memberi respon terhadap gadis itu dan kenapa beliau tidak meminta saja no handfon atau alamat facebook gadis itu!!!..dan apa yang danial boleh lakukan hanyalah membiarkn perasaannya itu membelenggu jiwanya.......


(p/s : makilah kalau korang rase nak maki sangat!!)

No comments:

Post a Comment