Friday 22 July 2011

arghhhhh!!!!...






 Bermulanya hari minggu yang amat membosankan selepas penat bekerja menjadi kuli batak dan bagi danial("tiada kena-mengena pada yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia") yang tak tau nak buat apa pada ari minggu sebegini hanya terperap dalam bilik, makan, online, tido dan terus tido dengan hidup beliau yang sentiasa tiada hala tuju......seperti biasa dengan mata yang bengkak baru lepas bangun tido danial mencapai sekotak nikotin berjenama winston light dan dengan penuh feel danial menyedut sedalam-dalamnya asap kotor tersebut......bagi danial menghisap asap nikotin selepas bangun tido adalah sesuatu yang paling nikmat skali dalam hidupnya.....
     
        
        Seperti biasa dengan kepala yang masih lagi stim selepas menghirup udara kotor danial akan meng'online'kn dirinya di alam maya buatan manusia yang pasti akan membuatkn anda semua terleka terhadap duniawi.......selepas habis sesi balas-membalas comment tiba-tiba danial terkejut dan terkaku seketika selepas melihat ada sesuatu kelainan berlaku pada wallnya itu.....tiba-tiba danial merasa sedih dan hiba apabila melihat gadis yang pada zaman sekolah dulu pernah meminati si danial dan kini danial pula mula meminati gadis tersebut telah pun mempunyai boyfren yang baru dengan menukar status relationship...so fakk!!!
     

         Danial tertanya-tanya didalam hatinya adakah apa yang beliau lihat itu hanyalah hayalan beliau yang masih lagi stim dari bangun tido ataupun ianya adalah benar belaka???dan danial sedar yang beliau mungkin sudah terlambat untuk mendapatkan semula gadis yang baliau minati itu..lalu danial mencapai semula kotak rokok dan mencucuh sebatang rokok lagi untuk meriliskan tensionnya itu...bagi danial menghisap asap nikotin dapat menghilangkan strees dan merelaxkan dirinya dari apa jua masalah yang beliau hadapi....
    

          Selepas habis sebatang nikotin tiba-tiba danial terasa yang dirinya begitu loser skali!!..sedangkan masa sekolah dulu gadis tersebut pernah ada perasaan terhadap danial dan skarang baru danial sedar yang hati beliau cukup meminati gadis tersebut tetapi danial masih lagi diselubungi sifat malu dan segan yang teramat sangat terhadap gadis yang beliau minati itu...walaupun si danial ni taklah hensem dan tiptop sangat tetapi "cute" di wajahnya masih lagi ada...

          
         Kini danial sedar beliau perlu membuang sifat malu dan segan yang ada pada diri beliau supaya mudah untuk beliau mendekati gadis yang beliau minati.....dengan perasaan yang masih lagi bengang dan ada sedikit sedih danial terus mengofflinekan dirinya di laman sialan tersebut dan beliau merasakan yang beliau mungkin belum cukup sempurna untuk mendapatkan semula gadis tersebut dan danial juga berasa menyesal kerana tidak memberi respon terhadap gadis itu semasa zaman sekolah dulu...Demi menghilangkan rasa bengang yang membelenggu dirinya, danial terus sambung semula tidurnya dan sudah semestinya pada hari esok baru beliau terjaga.......


(p/s : kalau korang rase citer ni macam cilake jer korang makilah aku dengan penuh kebencian dan ape yang pasti aku akan terima makian korang dengan penuh kasih sayang!!!...hohoho)

3 comments: