Wednesday, 16 November 2011

Malaysia di anak tirikan?????



Kontijen malaysia diberi layanan buruk kt indon?????........
aku pon tk tau la betul ke tk tapi tu semua aku dengar dari berita kat tb.....
perlu ke Malaysia n Indonesia bermusuhan????..sedangkn kita satu rumpun!!!
tapi kadang2 aku pun terase jugak tiap kali indon menghina malaysia dgn macam2 kata2 yang membuatkn kita smua sakit hati...........
setiap kali indon menghina malaysia orang2 kita hanya mampu brdiam diri dan kita sering mengalah terhadap mereka........
aku bukanlah nk "racist" tapi kadang2 terase jgak.......
umpama aku menghina nama bapak n atok korang camne korang rase?????
kalau boleh aku pun tak mau Indonesia n Malaysia bergaduh....
sedih aku dengar bila penyokong malaysia diminta supaya tidak memakai jersi kebangsaan pada perlawanan bola antara malaysia n indonesia kerana takut dipukul........
apa guna ada pak polisi di sana????!!!!!
adakah mereka takut dngan rakyat mereka sendiri????!!!.....      
kenapa rakyat indonesia benci sangat ngan malaysia???????.........            
mungkin hanye sesetengah je yg benci dan bukan semua.....
aku tau mungkin ade segilintir pihak yg cop aku sbagai "racist" dan bukanlah sifat aku yg sebenar untuk mnjadi "racist".......
tapi sampai bile kite nak berdiam diri je???....sedangkan mereka sedang mentertawakn kita!!
agak2 bila Malaysia N Indonesia boleh unite untuk menjadi satu rumpun???!!!!!!
niat aku bukanlah untuk menjadi batu api kepada smua pihak yg berkenaan tetapi hanyalh sekadar luahan hati yang sdah lama dipendam.......
aku berharap sangat kepada pihak yg suka sangat lagakn malaysia n indonesia supaya bertobatlah.....tak baik jadi batu api.....

p/s tulus ikhlas dr hati : UNITE WE STAND!!!!!!

Mendapat kerjaya baru!!!



          3 minggu sudah berlalu dengan pelbagai cabaran yang harus ditempuh dengan kerjaya yang baru dan bukan senang nak sesuaikan diri di tempat baru dengan pelbagai ragam perangai manusia, bak kata pepatah "lain tempat lain orang" dan perangai pun lain......dengan kerjaya baru yang lebih rileks dan selesa dan "Quality Control Inspector" jawatan yang diberi, hanya duduk dalam lab yang berhawa dingin, pegi ambil sample dalam kilang kejap pastu masuk smula dalam lab untuk buat test.......



       Dengar memang senang tapi bila nak buat test memang menyakitkn kepala......pelbagai formula matematik yang perlu diguna dan aku terpaksa belajar semula  formula2 matematik yang pernah aku belajar diwaktu sekolah dulu.....dan aku sedar waktu sekolah dulu memang aku "fak" giler subjek math tapi skarang mulalah terkial-kial nak belaja math semula...sesuatu yang menyakitkan mata apabila terpaksa mengadap monitor draf supaya spec tidak lari dan kepekaan seseorang tu memang amat diperlukan untuk kerja sebegini....mengadap komputer untuk memasukkan report memang menjadi rutin tiap kali selesai test...kalau nak bagitau kerumitan kerja aku memang banyak lagi tapi aku malas nak terlalu memikir sangat....tapi nak buat camne dah nama pun kerja....orang cakap kerja tu jangan nak memilih sangat sebab zaman sekarang kerja di bahagian industri perkilangan memang susah nak dapat disebabkan persaingan yang ramai......nak dibandingkan kerja dulu dengan kerja aku yang sekarang memang banyak jauh beza.....kalau kerja lama aku dulu perlu menggunakan 70% tenaga dan 30% otak dan kerja baru aku sekarang perlu menggunakn 75% otak dan 25% lagi tenaga.......walaupun menyakitkan kepala tapi aku tetap bersyukur dapat mencari rezeki yang halal dan aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkn prestasi kerja aku dan mungkin tak lama nanti aku akn terbiasa dengan kerja tersebut.................

Thursday, 27 October 2011

watefak!!!

(euwww!!)


kesakitan yang dialami oleh aku amatlah memeritkan walaupun hanya luka di jari..
hanya terkena besi yg tajam membuatkn luka di jari aku terpaksa dijahit
p/s : "take 5" before doing any work okay...


Sunday, 31 July 2011

oh kenapa!!!!

                                     


Selepas penat bekerja menjadi kuli batak sepenuhnya, danial mencucuh sebatang nikotin seludup brjenama nusantara sambil menunggang motor kapcainya yang tak seberapa laju itu on the way mahu balik ke rumahnya.....dengan badan yang masih lg keletihan danial terpaksa menempuhi pelbagai halangan sepanjang perjalanan balik dan terpaksa bersabar dengan sikap drebar lori treler yang begitu rakus memandu di atas lebuhraya.....mentang-mentanglah highway ni diorang conquer dan tidak pernah mempedulikan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang lain.......
          
        Dan kebetulan pada petang itu juga nyawa danial nyaris-nyaris nak ditarik oleh tuhan kerana sikap segelintir pemandu treler yang begitu pengtingkan diri sendiri....mereka tidak hiraukan keadaan sekeliling mereka dan apa yang penting bagi mereka hanya ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju.......danial sedar setiap kali beliau melalui highway maut tersebut nyawa beliau umpama nyawa-nyawa ikan ataupun 50-50 dan bagi danial apa yang boleh dibuat hanyalah bersabar dan terus bersabar....beliau juga sedar yang beliau bukanlah golongan kerabat diraja ataupun golongan hartawan yang mahu diiringi oleh pihak polis sepanjang perjalanan....

           Perjalanan danial untuk pulang ke rumah terpaksa dihentikan seketika kerana minyak moto danial semakin berkurangan dan macam bese beliau akan singgah di sebuah shell yang pastinya akan membuatkn danial tersenyum.....bagi danial shell tersebut sangat special sebab ada seorang gadis yang membuatkn danial terpikat dan boleh dikatakn setiap hari selepas balik keje danial akan singgah di stesen shell tersebut untuk meng-ushar gadis yang beliau minati itu......tanpa membuang masa danial terus ke kaunter untuk membayar dan semasa hendak membayar tiba-tiba gadis yang danial ushar itu tidak kelihatan  dan danial fikir mungkin gadis tersebut cuti....

             Selepas je isi minyak tiba-tiba danial terasa tayar belakang motornya seperti tiada angin dan tanpa banyak bicara danial terus singgah ditempat mengepam tayar di shell tersebut....semasa danial sedang mengepam tayar tiba-tiba datang seorang gadis yang sudah semestinya gadis idaman si danial yang beliau ushar selama ini dan tanggapan beliau salah sama skali kerana menganggap gadis tersebut mungkin sedang bercuti.....sambil datang dengan membawa mop lantai dan baldi untuk dicuci di tempat pam tersebut, dengan slamber gadis itu menegur si danial,...." tengah pam tayar ke??? "...tanya gadis itu kepada danial...lalu danial pun menjawab, " taklah, tengah main pusing-pusing tayar ni!!! ".....spontan danial menjawab dengan perasaan yang masih malu-malu...

          Gadis tersebut hanya mampu tersenyum kepada danial dan mungkin dalam hati gadis itu sedang memaki hamun si danial kerana kenyataan yang terkeluar dari mulut danial itu tadi seperti memerli gadis tersebut.....danial cuba untuk memberi respon dan menegur gadis itu tetapi sifat malu dan segan yang ada di jiwa danial seperti sedang mengcengkam jiwa danial supaya jangan tegur gadis itu dan menyedarkn diri danial yang beliau taklah hensem dan tiptop sangat tetapi danial cuba melawan sifat tersebut dengan bertanyakn sesuatu yang boleh dikatakn agak 'loser' jugak la,....." macam nak taknak je basuh mop tu??..tengah malas yerr??? "......tanya danial seperti orang yang tidak pandai mengayat perempuan...lalu gadis itu pun menjawab, " kalau malas takkanlah lantai dalam kedai tu boleh berkilat!!! "....jawab gadis itu seperti sedang memerli si danial.....rupa-rupanya gadis tersebut baru saja selesai housekeeping di dalam kedai shell itu dan patutlah semasa danial mahu membayar dikaunter gadis tersebut tidak kelihatan......

             Tiba-tiba danial terdiam seketika dan sifat malu itu muncul smula dalam dirinya dan kini danial baru sedar yang beliau begitu 'loser' kerana mengeluarkn soalan yang begitu bodoh dan bangang skali!!...danial sedar yang beliau tidaklah begitu expert untuk menawan hati gadis yang beliau minati itu...apa yang mampu danial lakukan hanyalh berdiam diri dan tersenyum dan gadis tersebut juga hanya mampu tersenyum dan berpuas hati kerana berjaya memerli si danial  sambil meneruskn kerja membersihkn mop lantai itu......dengan perasaan yang masih lagi malu danial terus pergi meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya sambil mencucuh nikotin berjenama nusantaranya itu.........dalam perjalanan pulang sambil menyedut asap nikotin, danial masih tertanya-tanya kenapa beliau begitu lambat@lembab untuk memberi respon terhadap gadis itu dan kenapa beliau tidak meminta saja no handfon atau alamat facebook gadis itu!!!..dan apa yang danial boleh lakukan hanyalah membiarkn perasaannya itu membelenggu jiwanya.......


(p/s : makilah kalau korang rase nak maki sangat!!)

Saturday, 23 July 2011

HARIMAU MENGAUM DI KOTA SINGA!!!!!!!



Pasti ramai yang sedang menanti perlawanan yang hebat ini
diantara pasukan malaysia menentang pasukan singapura pada malam ini....
dan apa yang pasti aku akan tetap memberi sokongan yang padu terhadap pasukan
harimau malaya!!!...
mintak-mintaklah malaysia menang malam ni untuk mendapat kedudukan
yang selesa pada perlawanan timbal balik di malaysia nanti!!

Friday, 22 July 2011

Gudbye playstation2 ku.....





Kini engkau telah pun rosak....
usia kau baru saja mencecah setahun setengah.....
aku minta maaf kerana sudah 4 bulan aku jadikan kau perhiasan dalam bilik aku...
semalam dengan tiba-tiba aku terasa mahu menggunakan kau,
semasa aku sedang meng'on'kan suis, engkau tidak dapat berfungsi dengan baik sekali....
dan selepas itu aku berasa sungguh bengang kerana engkau rosak dengan begitu cepat...
aku mintak maaf kerana tidak dapat jaga kau dengan elok....
dan kini aku terpaksa semadikan kau di dalam almari di bilikku...
dan mungkin lain kali aku akan mengambil adik kau pulak iaitu playstation 3.....



(p/s : sayangilah harta benda kita!!!)

arghhhhh!!!!...






 Bermulanya hari minggu yang amat membosankan selepas penat bekerja menjadi kuli batak dan bagi danial("tiada kena-mengena pada yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia") yang tak tau nak buat apa pada ari minggu sebegini hanya terperap dalam bilik, makan, online, tido dan terus tido dengan hidup beliau yang sentiasa tiada hala tuju......seperti biasa dengan mata yang bengkak baru lepas bangun tido danial mencapai sekotak nikotin berjenama winston light dan dengan penuh feel danial menyedut sedalam-dalamnya asap kotor tersebut......bagi danial menghisap asap nikotin selepas bangun tido adalah sesuatu yang paling nikmat skali dalam hidupnya.....
     
        
        Seperti biasa dengan kepala yang masih lagi stim selepas menghirup udara kotor danial akan meng'online'kn dirinya di alam maya buatan manusia yang pasti akan membuatkn anda semua terleka terhadap duniawi.......selepas habis sesi balas-membalas comment tiba-tiba danial terkejut dan terkaku seketika selepas melihat ada sesuatu kelainan berlaku pada wallnya itu.....tiba-tiba danial merasa sedih dan hiba apabila melihat gadis yang pada zaman sekolah dulu pernah meminati si danial dan kini danial pula mula meminati gadis tersebut telah pun mempunyai boyfren yang baru dengan menukar status relationship...so fakk!!!
     

         Danial tertanya-tanya didalam hatinya adakah apa yang beliau lihat itu hanyalah hayalan beliau yang masih lagi stim dari bangun tido ataupun ianya adalah benar belaka???dan danial sedar yang beliau mungkin sudah terlambat untuk mendapatkan semula gadis yang baliau minati itu..lalu danial mencapai semula kotak rokok dan mencucuh sebatang rokok lagi untuk meriliskan tensionnya itu...bagi danial menghisap asap nikotin dapat menghilangkan strees dan merelaxkan dirinya dari apa jua masalah yang beliau hadapi....
    

          Selepas habis sebatang nikotin tiba-tiba danial terasa yang dirinya begitu loser skali!!..sedangkan masa sekolah dulu gadis tersebut pernah ada perasaan terhadap danial dan skarang baru danial sedar yang hati beliau cukup meminati gadis tersebut tetapi danial masih lagi diselubungi sifat malu dan segan yang teramat sangat terhadap gadis yang beliau minati itu...walaupun si danial ni taklah hensem dan tiptop sangat tetapi "cute" di wajahnya masih lagi ada...

          
         Kini danial sedar beliau perlu membuang sifat malu dan segan yang ada pada diri beliau supaya mudah untuk beliau mendekati gadis yang beliau minati.....dengan perasaan yang masih lagi bengang dan ada sedikit sedih danial terus mengofflinekan dirinya di laman sialan tersebut dan beliau merasakan yang beliau mungkin belum cukup sempurna untuk mendapatkan semula gadis tersebut dan danial juga berasa menyesal kerana tidak memberi respon terhadap gadis itu semasa zaman sekolah dulu...Demi menghilangkan rasa bengang yang membelenggu dirinya, danial terus sambung semula tidurnya dan sudah semestinya pada hari esok baru beliau terjaga.......


(p/s : kalau korang rase citer ni macam cilake jer korang makilah aku dengan penuh kebencian dan ape yang pasti aku akan terima makian korang dengan penuh kasih sayang!!!...hohoho)